IDEOLOGI SONGSANG

Ideologi Songsang

PENGHARGAAN

 Terlebih dahulu kami mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana telah mengurniakan kami kesihatan dan memberi petunjuk untuk menyiapkan kerja E-Folio ini dapat kami laksanakan dengan sempurna.

 Hasil kerja ini adalah atas kerjasama diantara kami sekumpulan antara mereka adalah Isaac Brooke,Anderson Davis dan Venoothan.Kami semua memberikan kerjasama sepenuhnya dan memberikan pandangan masing-masing sehinggala E-Folio ini selesai.

 Dalam kesempatan ini ,kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sir WAn Faisal kerana telah membantu kami meyelesaikan tugasan ini sehingga selesai.Beliau menerangkan secara ringkas dan mudah difahami.

 Akhir sekali,kami berharap dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan daripada E-folio ini dan boleh digunakan sebagai rujukan kepada pelajar.

PENGENALAN

Marcapada,seperti yang kita dapat lihat ideologi songsang atau pemahaman yang tidak betul terhadap sesuatu perkara semakin menjadi-jadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan dalam kalangan masyarakat di malaysia.Hal ini berlaku disebabkan oleh wujudnya pelbagai peranti mudah alih seperti telefon pintar yang kian mempengaruhi kanak-kanak khususnya yang bagaikan kain putih,ideologi songsang merangkumi pelbagai aspek sebagai contoh aspek yang paling penting adalah rohani dan emosi.Antara ideologi -ideologi songsang yang sedang berlaku di negara kita adalah  LGBT(lesbian,gay,bisexual dan transgender),dukun,ajaran komunisme,rusuhan dan liberalisme dalam sistem demokrasi.

CONTOH-CONTOH IDEOLOGI SONGSANG:

1)LGBT


LGBT atau (lesbian,gay,bisexual dan transgender) terjadi akibat kurangnya penghayatan agama di dalam diri seseorang itu.LGBT merujuk kepada sekelompok golongan yang mengamalkan cara hidup "lesbian,gay,bisexual dan transgender".Singkatan ini telah diterima oleh sesetengah negara seperti AS yang berprotokol "America is a free country".Namun demikian,kita menentang sama sekali kerana agam rasmi kita adalah islam.Perbuatan LGBT ini merupakan perkara yang sangat tidak baik di dalam ajaran agama islam mahupun agama-agama lain yang berada di dalam malaysia.Hal ini kerana kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi jika baik ibu bapa maka baiklah anak-anak yang akan datang dan jika tidak maka tidak baiklah anak-anak




2)DUKUN


Selain itu,ideologi songsang yang seterusnya ialah dukun.Hal ini dapat dilihat pada masa dahulu iaitu ahli perubatan dalam masyarakat melayu dan juga segelintir masyarakat lain seperti iban.Mereka mengubati berdasarkan kepercyaan kepada kekuasaan roh dari alam sekeliling yang merupakan salah satu cara hidup.Hal ini kerana belum lahirnya ajaran agama-agama yang semakin berkembang di negara kita.Mereka juga sangat dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kerana dukun sahaja yang dianggap boleh berhubung dengan roh atau kuasa ghaib.Namun,aktiviti ini juga didapati masih digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang tidak baik dan juga pastinya melanggar undang-undang setiap agama.Aktiviti yang dimaksudkan ini termasuklah santau,susuk dan sebagainya.Penggunaan cara ini untuk menimbulkan pergaduhan dan khianat adalah tidak betul sama sekali terhadap negara yang mempunyai kehidupan beragama.


3)AJARAN KOMUNISME


Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya."Komunisme tulen" merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman komunis iaitu Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet),China (Republik Rakyat China),Cuba (Republik Cuba),Laos (Republik Demokratik Rakyat Laos),Vietnam (Republik Sosialis Vietnam),Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea),Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman ),Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma)dan Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea).Walaubagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu China,Laos,Vietnam,Cuba dan Korea Utara.Sungguhpun begitu, fahaman komunis yang diperjuangkan dahulu sudah mula luntur dimamah usia selepas pencetusannya.Hal ini dapat dilihat di Negara China sendiri,polisi pemerintah China terhadap pelabur (kapitalis) dalam segi ekonomi yang dianggap musuh rakyat telah berubah semenjak 90-an lagi.Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991,namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk sosialisme. Masih terdapat Parti Komunis di negara-negara lain seperti di barat yang memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah.


4) RUSUHAN


Rusuhan adalah satu bentuk gangguan sivil yang terdiri daripada kumpulan yang tidak teratur dan mengamuk secara tiba-tiba serta bertindak melakukan keganasan, laku musnah atau jenayah lain.Rusuhan biasanya berlaku sebagai reaksi kepada kesedihan tertentu atau rasa tidak puas hati. Sepanjang sejarah, rusuhan berlaku kerana keadaan kerja serta taraf hidup yang teruk, penentangan terhadap kerajaan, penentangan terhadap cukai, konklik antara kaum atau agama, ataupun setelah kekalahan sesebuah pasukan di sesuatu acara sukan terutamanya bola sepak.Rusuhan lazimnya melibatkan vandalisme serta kemusnahan harta awam dan persendirian. Harta spesifik yang disasarkan bergantung kepada punca rusuhan serta pihak yang terlibat.Contohnya kedai,kereta,institusi milik kerajaan dan sebagainya.Dalam sukan juga, rusuhan boleh juga berlaku, terutamanya sukan bola sepak. Perusuh bola sepak, juga dikenali sebagai samseng bola sepak atau hooligan, sering merusuh serta melakukan kekacauan sekiranya pasukan yang mereka minati itu kalah dalam bola sepak.


5)LIBERALISME DALAM SISTEM DEMOKRASI


Idea liberalisme bukanlah suatu perkara yang baru dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi.Bagi sesiapa yang memahami landasan dan asas sistem demokrasi pasti memahami bahawa budaya-budaya songsang seperti liberalisme dan pluralisme yang seumpama dengannya bersangkut-paut dengan idea-idea kebebasan yang menjadi asas dalam sistem demokrasi.Sejak kekalahan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH), pendokong-pendokong idea liberalisme kelihatan semakin berani menyatakan pendirian dan melaungkan hak kebebasan yang mereka inginkan. Malah, seruan-seruan tersebut selari dengan manifesto dan slogan-slogan kebebasan yang dilaung-laungkan oleh PH sepanjang tempoh berkempen.Perjuangan berdasarkan bangsa dan semangat nasionalis yang dipelopori oleh kerajaan BN sudah lagi tidak relevan dan tidak mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yang mahukan arus perubahan baru dalam pemerintahan Malaysia.mendakwa kerajaan Pakatan Harapan yang ada hari ini ditunggangi dan ditunjangi oleh golongan yang kuat mendokong fahaman dan doktrin sesat daripada Barat ini seperti COMANGO , SIS dan lain-lain.Hakikatnya, sistem demokrasi ini merupakan sebuah sistem yang berasaskan idea-idea kebebasan yang menggariskan empat hak kebebasan iaitu kebebasan berpendapat atau berfikir, kebebasan bertingkah laku, kebebasan bersuara, dan kebebasan hak pemilikan.


RUMUSAN


Kesimpulannya,ideologi songsang ini tanpa sebarang tapisan boleh membawa implikasi negatif terhadap sesebuah negara dan juga masyarakat.Ideologi songsang ini,apabila dibiarkan akan menyebabkan sesebuah negara akan hancur dan melahirkan masyrakat yang tidak baik.Oleh itu,semua pihak terutamanya kerajaan dan ibubapa haruslah memainkan peranan masing-masing agar tidak terpengaruh dengan ideologi songsang Bagai aur dengan tebing.


TAJUK:IDEOLOGI SONGSANG

SENARAI AHLI KUMPULAN:

1)ISAAC BROOKE RIPAH                  (05DPE19F1091)
2)ANDERSON DAVIS A/K COLLIN   (05DPE19F1051)
3)VENOOTHAN A/L KANDEEBAN  (05DPE19F1070)

NAMA KUMPULAN:KUMPULAN 1

NAMA KURSUS:NILAI MASYARAKAT
KOD:MPU23042

JABATAN:KEJURUTERAAN PETROKIMIA (PROSES)
PROGRAM/SEKSYEN:DPE2A-S1
NAMA PENSYARAH:SIR WAN FAISAL WAN AHMAD MOHTASA
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK


Comments

Post a Comment